suhaimisalleh.com

Photography

Warna & Komposisi

by on Jul.12, 2012, under Photography

mengurangkan distraction dengan mengaburkan background

Salah satu teknik yang menarik untuk anda cuba adalah, mengurangkan distraction pada gambar anda. terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan, contohnya seperti mengkaburkan background.

Didalam foto ini saya selain dari mengaburkan background saya mengurangkan warna yang terakam dalam foto ini. Saya menggunakan warna hijau yang dikaburkan untuk mengurangkan kesesakan warna didalam foto saya.

Leave a Comment more...

Peranan Langit didalam fotografi

by on Jul.12, 2012, under Photography

foto 1

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa

Langit memainkan peranan yang penting untuk sesuatu foto landskap. Langit yang biru dapat menghasilkan foto landskap menjadi lebih menarik. Kadang-kadang memang sukar untuk mendapatkan langit yang biru. Jadi persoalannya bagaimana untuk mendapatkan langit yang biru.

Jika anda membawa mata kail, dan terus pergi kelaut yang terdapat banyak ikan. Adakah dengan anda kelaut itu ada dapat menjamin bahawa anda membawa pulang ikan yang banyak ke rumah?? tentu tidak kan?

Jadi sama juga dengan fotografi, tidak semua keadaan anda boleh mendapatkan foto yang menarik. hatta seseorang profesional sekali mana pun, tidak boleh mengubah ketentuan illahi..

Jika tidak cantik langit, maka tidak cantik jugalah yang akan dirakam pada foto. Walau bagaimana pun anda boleh membuat perancangan dengan sedikit ilmu dan pengalaman untuk merakam suasana seperti ini.

Lokasi : Kg Janda Baik, Pahang


Yang pertamanya, keluar pada awal pagi… sekiranya anda keluar lewat, jerebu pun sudah naik ke langit, maka anda kemungkinan akan merakam jerebu tersebut.

Kedua, carilah lokasi yang benar-benar cantik. Jika anda merakam ditempat yang banyak habuk, jerebu sudah semesti, hasilnya tidak sama jika anda merakam ditempat yang betul2 udaranya segar.
Anda boleh mencuba di Pulau2 yang jauh dari kesesakan lalulintas.

Yang ketiga, anda boleh merakam sebaik sahaja hujan berakhir, dimana habuk2 jerebu turun dibawah bersama-sama air hujan. Langit akan menjadi bersih seketika. ambil peluang tersebut untuk membawa kamera anda bersama.

Keempat, menurunkan satu atau dua stop lebih gelap untuk menaikkan warna biru pada langit.

Menurun satu hingga dua stop untuk menggelapkan langit

Anda boleh mencuba teknik ini dengan memastikan histogram tidak memuncak atau berlanggar didinding kanan graf.

Kelima, memastikan beza exposure reading pada langit dan subject tidak terlalu jauh. Sekiranya bezanya melebihi dari 2 stop, pasti bahagian yang kurang cahaya akan menjadi gelap. Apa yang sering saya lakukan adalah memastikan matahari memancar terus ke subject supaya saya boleh menggunakan aperture yang kecil dan mengawal kemasukan cahaya. dan pastinya cahaya ini perlu diimbang dengan ISO dan shutter speed.

Selain dari ini anda juga boleh menggunakan apa-apa common sense yang turut membantu anda mendapatkan langit yang menarik.

Anda boleh juga memikirkan kreativiti anda bagaimana untuk utilise ruang langit ini. Seperti contoh didalam gambar dibawah saya menggunakan teknik silhoutte untuk simbolik kepada rumah kehakiman putrajaya.

Lokasi : Putrajaya

Foto ini hanya dirakam dengan menggunakan Kamera Compact, Canon G12 pada mac 2012.

Leave a Comment more...

Peralatan mudah utk Potraiture

by on Jul.12, 2012, under Photography

Foto Potrait untuk tujuan komersil


Untuk menghasilkan gambar potrait, anda tidak semestinya menggunakan kamera yang mahal-mahal. Seperti contoh, gambar di kanan ini diambil dengan menggunakan kamera Nikon D90 (bukan kamera taraf professional). Malah jika foto ini diambil dengan menggunakan kamera entry level juga akan menghasilkan gambar yang sama. Saya juga menggunakan Kit Lens, iaitu lens yang diberi semasa membeli kamera.

Yang pentingnya disini adalah bagaimana kita menggunakan (utilise) pengcahayaan yang ada. Untuk foto ini saya menggunakan 2 lampu. Dikanan adalah lampu utama (main light) di’diffuse’kan dengan setting cahaya pada f/8, manakala lampu dikiri pula sebagai filler dan memberi cahaya pada background putih.

Lampu disebelah kiri akan memantul cahaya putih pada dinding, dan terus memberi sedikit efek cahaya pada pipi kiri subject.

setup untuk foto diatas

Anda tidak semestinya perlu menggunakan sehingga 3-6 lampu untuk menghasilkan foto seperti ini.
setelah selesai membuat setting pada lampu, anda tidak perlu lagi mengubah apa-apa setting. Ubahkan aksi (posing) subject/model anda..

setting yang sama tetapi aksi yang berlainan


Lihat foto ini, cuba anda lakukan foto seperti ini di pejabat atau dirumah anda. Selamat mencuba..

Leave a Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...