suhaimisalleh.com

Scuba Diving

Photography dari dunia Underwater

by on Feb.26, 2010, under Photography, Scuba Diving

Susah nak digambarkan, bagaimana keindahan dan kelainan mengambil gambar didalam laut.. Mengambil gambar didalam laut, tidaklah begitu mahal atau sangat mahal… kosnya lebih kurang sama untuk seseorang peminat fotografi mengeluarkan wang untuk kamera SLR dan aksesorinya. Cuma bezanya, peminat Underwater (UW) perlu mempunyai UW casing.

Sofia - underwater world

gambar ini diambil oleh Agus Kojack, salah seorang instruktor SCUBA saya di Bali. Jika anda ingin melihat gambar2 Agus, sila ke laman : http://www.flikr.com/photos/aguskojack

Sonia - underwater worldMengambil gambar UW mmg agak berbeza dengan mengambil gambar di darat. Terutamanya cahaya, lagi dalam suatu selaman itu lagi kurang cahaya yang sampai ke subject. Satu lagi adalah masalah warna, kita akan kehilangan warna pada kedalaman yang tertentu. Warna pertama yang akan hilang adalah Merah, kemudian jingga, dituruti kuning dan hijau… selebihnya semua gambar2 akan menjadi biru.

Beberapa teknik dan disiplin perlu ada pada seseorang UW Photographer, diantara perlu ada kemahiran mengawal buoyancy di dalam air, supaya tidak tengelam-timbul semasa menekan shutter. Pada masa yang sama seseorang jurugambar tersebut perlu ada pengetahuan ekologi.

Karang2 yang cantik di lautan itu memerlukan beratus tahun untuk terbentuk, mematah datau mematikannya mudah tidak sampai 1 saat dengan melanggar atau memegang koral. Jadi kebanyakan jurugambar UW ini akan mengawal buoyancynya untuk memastikan mereka tidak merosakkan karang dan tidak menyentuh dasar ketika mengambil gambar.

Leave a Comment : more...


SSI Dive Controller

by on Feb.07, 2010, under Scuba Diving

Dive Controller task

Dive Controller memainkan peranan sebagai assistant instructor dan dive master. Tanggungjawab mereka lebih besar memastikan keselamatan penyelaman semasa sessi latihan dan semasa membawa penyelaman ke dasar laut..

Leave a Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...