suhaimisalleh.com

Archive for September, 2010

Menceburi Hobi Scuba Diving

by on Sep.11, 2010, under Scuba Diving

Penyelam yang menuruni laut untuk melihat Mola-Mola, di Bali (gambar ehsan Wayan Segara)


Bagi sesetengah orang menyelam tu kerana ingin melihat suatu keindahan alam underwater, dimana kita boleh melihat kecantikan coral dan lain-lain hidupan didalam air. dan ada juga yang suka discover ship wreck yang sudah tenggelam sekian lama di dasar lautan, atau mengambil foto didalam air. Merakam nemo, shark, manta, dan lain2 ikan didalam air…

atau merasa suasana bagaimana kita dikelilingi oleh ikan2 didalam air.. memang seronok kita berada di suatu alam yang sangat menenangkan jiwa… yang hanya kedengaran adalah buih2 udara yang kita hembus melalui regulator kita.

Iwan dan Sonia semasa mengambil Kursus Dive Controller Specialist


Untuk seseorang itu menyelam, kita perlu mendapatkan lesen dan latihan penyelaman itu sendiri. Untuk mendapatkan lesen seseorang itu perlu berumur lebih dari 10 tahun, sihat tubuh badan (tidak boleh athma, sakit jantung, atau apa2 yang berkaitan dengan pernafasan), dan selesa berada didalam air. Kos mengambil kursus ini sama seperti menceburi hobi2 yang lain.. iaitu sekitar RM900-RM1,600 (harga setakat Sept 2010).

Ramai yang takut menceburi bidang ini kerana takut kepada peralatan2nya.. takut mahal… bukan semua diver mempunyai peralatan mereka sendiri, kebanyakan diver2 suka mendapatkan peralatan semasa mereka dive di Dive Centre yang mereka pergi. Jadi jika mereka hendak dive di luar negara, seperti di Bali.. mereka tidak perlu membawa peralatan sendiri, kerana caj bagasi yang mahal dan peralatan itu sendiri yang berat.. mereka hanya menggunakan kemudahan peralatan yang ada di Bali tanpa perlu membeli.

Kecuali, jika anda berminat untuk mengambil gambar underwater, maka anda perlu mempunyai underwater camera sendiri…

Underwater Casing & Canon G11

untuk UW (underwater) camera, anda mungkin boleh membeli kamera PNS Canon G11 yang berharga lebih kurang RM1,700 dan casingnya dlm harga RM750. dan kamera anda sudah boleh masuk air…

Camera Canon G11 mempunyai sensor yang lebih kecil dari sistem four third, tetapi sharpness yang dihasilkan dari kamera ini sgt menakjubkan. dan ia mempunyai lens f/2.8!!!. selain dari itu, ia boleh dikawal secara manual dengan memusing dial (tanpa menekan butang yang banyak seperti kamera PNS yang lain).

Jika anda ingin menyelam dan mengambil gambar, anda boleh menghubungi saya utk mendapatkan lesen menyelam.

Leave a Comment more...

Kamera SLR

by on Sep.10, 2010, under Photography

Saya memang suka mengajar menggunakan kamera SLR yang lama. Kenapa? dengan kamera lama kita lebih mempunyai appreciation kepada kawalan2 didalam kamera DSLR. Banyak pergerakan mechanical boleh di lihat atau mudah difahami.

Old Camera SLR 80s - Minolta X-700

Old Camera SLR 80's - Minolta X-700

Kamera SLR yang lama tidak mempunyai LCD skrin, Tidak boleh menukar sebarang ISO seperti kamera DSLR sekarang. Kebanyakan kamera SLR memerlukan kita mengawal semua kawalan secara manual, termasuk focusing, DOF, Shutter & Aperture. Setiap kesilapan yang berlaku tidak boleh dilihat terus seperti kamera sekatang, anda perlu menunggu beberapa hari untuk filem anda habis dan dihantar ‘cuci’ di kedai gambar.

Dan setiap kesilapan itu juga membawa pengajaran kepada fotografer itu sendiri supaya ia tidak diulangi lagi. Jadi fotografer lama perlu melatih mata untuk mengawal exposure, mengawal warna cahaya dan memahami lensa mereka sendiri.

Leave a Comment more...

Cahaya dan Fotografi

by on Sep.10, 2010, under Photography

Foto 1: Canon G11, Manual Setting, ISO100 1/30s f/4, Daylight, Low Saturation, 1 unit artificial light + ambient light.

Foto 1: Canon G11, Manual Setting, ISO100 1/30s f/4, Daylight, Low Saturation, Artificial + Ambient light.

Cahaya memainkan peranan yang sgt penting dalam fotografi, tanpa cahaya tiada fotografi, kerana maksud fotografi itu sendiri adalah seni merakam cahaya.

Imej yang bermakna bergantung kepada sumber cahaya. Jika tersalah expose mungkin gambar menjadi cerah atau underexposed. Penilaian dalam menentukan exposure byk bergantung kepada subject utama.

Cahaya secara asa terbahagi kepada 2, iaitu;
1. Cahaya Natural
2. Cahaya Artificial

Natural Light mempunyai kekuatannya yang tersendiri, kerana ia boleh menonjolkan mood pada subject utama.. Natural Light mempunyai suhu cahayanya yang tersendiri.. moodnya boleh bertukar mengikut mesej yang ingin disampaikan.

Bayangkan jika kita ingin memotret subject dibawah lampu lilin 3000K, suatu suasana yang benar2 hangat… dan warna yang kekuningan… mood ini mudah kita capai untuk menjelaskan suasana sekeliling… tiba2, kita dimatikan dengan kilauan flash (5500K) yang mematikan semua mood, menghilangkan suasana yang hangat… dan menghasilkan bayang2 yang harsh.. errghhh….. potong stim….

Mengawal natural light juga merupakan suatu seni, dan bukan mudah untuk mengawalnya.. tetapi jika kita boleh mengawalnya, ia merupakan suatu kebolehan yang mmg lumayan… kita tidak perlu berbelanja banyak.

Photo taken by Artificial Light, Canon G11, ISO100 1/125s f/4.5, 1 unit Artificial Light with relector.

Photo taken by Artificial Light, Canon G11, ISO100 1/125s f/4.5, 1 unit Artificial Light with relector.


Jika mengawal cahaya natural mmg susah. jadi apa yang mudah??? persoalan ni ramai yang bertanya… he he he.. yang mudah adalah menggunakan artificial light…. tetapi pastinya perbelanjaan peralatannya mungkin agak mahal… artificial light membenarkan kita membuat setting yang kita suka… kita boleh mengawal punca dimana cahaya itu hendak di letakkan… kita boleh mengawal kekuatan cahayanya.. kita boleh mengawal lembut atau kasarnya cahaya tersebut.. dan sebagainya…

Leave a Comment : more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...