suhaimisalleh.com

Menceburi Hobi Scuba Diving

by on Sep.11, 2010, under Scuba Diving

Penyelam yang menuruni laut untuk melihat Mola-Mola, di Bali (gambar ehsan Wayan Segara)


Bagi sesetengah orang menyelam tu kerana ingin melihat suatu keindahan alam underwater, dimana kita boleh melihat kecantikan coral dan lain-lain hidupan didalam air. dan ada juga yang suka discover ship wreck yang sudah tenggelam sekian lama di dasar lautan, atau mengambil foto didalam air. Merakam nemo, shark, manta, dan lain2 ikan didalam air…

atau merasa suasana bagaimana kita dikelilingi oleh ikan2 didalam air.. memang seronok kita berada di suatu alam yang sangat menenangkan jiwa… yang hanya kedengaran adalah buih2 udara yang kita hembus melalui regulator kita.

Iwan dan Sonia semasa mengambil Kursus Dive Controller Specialist


Untuk seseorang itu menyelam, kita perlu mendapatkan lesen dan latihan penyelaman itu sendiri. Untuk mendapatkan lesen seseorang itu perlu berumur lebih dari 10 tahun, sihat tubuh badan (tidak boleh athma, sakit jantung, atau apa2 yang berkaitan dengan pernafasan), dan selesa berada didalam air. Kos mengambil kursus ini sama seperti menceburi hobi2 yang lain.. iaitu sekitar RM900-RM1,600 (harga setakat Sept 2010).

Ramai yang takut menceburi bidang ini kerana takut kepada peralatan2nya.. takut mahal… bukan semua diver mempunyai peralatan mereka sendiri, kebanyakan diver2 suka mendapatkan peralatan semasa mereka dive di Dive Centre yang mereka pergi. Jadi jika mereka hendak dive di luar negara, seperti di Bali.. mereka tidak perlu membawa peralatan sendiri, kerana caj bagasi yang mahal dan peralatan itu sendiri yang berat.. mereka hanya menggunakan kemudahan peralatan yang ada di Bali tanpa perlu membeli.

Kecuali, jika anda berminat untuk mengambil gambar underwater, maka anda perlu mempunyai underwater camera sendiri…

Underwater Casing & Canon G11

untuk UW (underwater) camera, anda mungkin boleh membeli kamera PNS Canon G11 yang berharga lebih kurang RM1,700 dan casingnya dlm harga RM750. dan kamera anda sudah boleh masuk air…

Camera Canon G11 mempunyai sensor yang lebih kecil dari sistem four third, tetapi sharpness yang dihasilkan dari kamera ini sgt menakjubkan. dan ia mempunyai lens f/2.8!!!. selain dari itu, ia boleh dikawal secara manual dengan memusing dial (tanpa menekan butang yang banyak seperti kamera PNS yang lain).

Jika anda ingin menyelam dan mengambil gambar, anda boleh menghubungi saya utk mendapatkan lesen menyelam.


Leave a Reply

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...