suhaimisalleh.com

Peranan Langit didalam fotografi

by on Jul.12, 2012, under Photography

foto 1

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa

Langit memainkan peranan yang penting untuk sesuatu foto landskap. Langit yang biru dapat menghasilkan foto landskap menjadi lebih menarik. Kadang-kadang memang sukar untuk mendapatkan langit yang biru. Jadi persoalannya bagaimana untuk mendapatkan langit yang biru.

Jika anda membawa mata kail, dan terus pergi kelaut yang terdapat banyak ikan. Adakah dengan anda kelaut itu ada dapat menjamin bahawa anda membawa pulang ikan yang banyak ke rumah?? tentu tidak kan?

Jadi sama juga dengan fotografi, tidak semua keadaan anda boleh mendapatkan foto yang menarik. hatta seseorang profesional sekali mana pun, tidak boleh mengubah ketentuan illahi..

Jika tidak cantik langit, maka tidak cantik jugalah yang akan dirakam pada foto. Walau bagaimana pun anda boleh membuat perancangan dengan sedikit ilmu dan pengalaman untuk merakam suasana seperti ini.

Lokasi : Kg Janda Baik, Pahang


Yang pertamanya, keluar pada awal pagi… sekiranya anda keluar lewat, jerebu pun sudah naik ke langit, maka anda kemungkinan akan merakam jerebu tersebut.

Kedua, carilah lokasi yang benar-benar cantik. Jika anda merakam ditempat yang banyak habuk, jerebu sudah semesti, hasilnya tidak sama jika anda merakam ditempat yang betul2 udaranya segar.
Anda boleh mencuba di Pulau2 yang jauh dari kesesakan lalulintas.

Yang ketiga, anda boleh merakam sebaik sahaja hujan berakhir, dimana habuk2 jerebu turun dibawah bersama-sama air hujan. Langit akan menjadi bersih seketika. ambil peluang tersebut untuk membawa kamera anda bersama.

Keempat, menurunkan satu atau dua stop lebih gelap untuk menaikkan warna biru pada langit.

Menurun satu hingga dua stop untuk menggelapkan langit

Anda boleh mencuba teknik ini dengan memastikan histogram tidak memuncak atau berlanggar didinding kanan graf.

Kelima, memastikan beza exposure reading pada langit dan subject tidak terlalu jauh. Sekiranya bezanya melebihi dari 2 stop, pasti bahagian yang kurang cahaya akan menjadi gelap. Apa yang sering saya lakukan adalah memastikan matahari memancar terus ke subject supaya saya boleh menggunakan aperture yang kecil dan mengawal kemasukan cahaya. dan pastinya cahaya ini perlu diimbang dengan ISO dan shutter speed.

Selain dari ini anda juga boleh menggunakan apa-apa common sense yang turut membantu anda mendapatkan langit yang menarik.

Anda boleh juga memikirkan kreativiti anda bagaimana untuk utilise ruang langit ini. Seperti contoh didalam gambar dibawah saya menggunakan teknik silhoutte untuk simbolik kepada rumah kehakiman putrajaya.

Lokasi : Putrajaya

Foto ini hanya dirakam dengan menggunakan Kamera Compact, Canon G12 pada mac 2012.


Leave a Reply

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...