suhaimisalleh.com

Selfie dlm fotografi

by on Jun.01, 2014, under Photography

Selfie adalah trend fotografi masa kini. (foto oleh Instructor Scuba: Azyani Ajmain)

Selfie adalah trend fotografi masa kini.
(foto oleh Instructor Scuba: Azyani Ajmain)

Teknik selfie adalah teknik terkini sesuai dengan teknologi fotografi semasa. Pada masa dahulu teknik ini tidak membolehkan seseorang jurugambar mengambil gambar seperti ini.

Peratalatan yang digunakan supaya subject boleh berdiri lama untuk merakam potrait.

Peratalatan yang digunakan supaya subject boleh berdiri lama untuk merakam potrait.


Pada zaman dahulu, filem yang digunakan untuk merakam gambar tidak begitu peka pada cahaya. Oleh yang demikian, fotografer memerlukan masa dedahan yang sgt lama untuk merakam potrait diatas filem.

Fotografer pada ketika itu terpaksa menggunakan armrest dan lain2 peralatan supaya subject boleh berdiri macam patung selama 10 minit, tidak boleh bergerak!!!

Fotografer zaman dahulu memerlukan aksesori tambahan ini untuk membuatkan seseorang subject itu berdiri/duduk seperti patung untuk suatu jangkamasa yang panjang.

Dan Kamera pada waktu itu terlalu besar dan sgt berat. Memang tidak memungkinkan seseorang itu boleh memegang kamera dengan sebelah tangan. Filem yang digunakan pula terpaksa dikendalikan dalam keadaan gelap, supaya filem tersebut tidak terdedah pada cahaya. Oleh itu sebelum merakam gambar seseorang fotografer perlu membuat perancangan teliti sebelum membawa kamera mereka keluar dari studio. dan mereka tidak boleh membawa terjun bersama2 dengan kamera mereka.

Saiz Kamera tersangat besar dan berat. Agak sukar untuk memindahkan kamera dari satu tempat ke suatu tempat yg lain

Saiz Kamera tersangat besar dan berat. Agak sukar untuk memindahkan kamera dari satu tempat ke suatu tempat yg lain

Dan zaman kian berubah.. teknologi juga turut berubah….
kemudian filem dicipta supaya boleh dibawa kesana-sini didalam catridge, dan dari sinilah saiz kamera direkabentuk menjadi kecil..

Teknologi filem direka supaya lebih peka kepada cahaya, dengan ini fotografer boleh mengambil gambar aksi sukan. atau boleh mengambil gambar sambil sabjek melompat. Sabjek tidak perlu lagi berdiri macam patung selama 10 minit, dengan sekali klik foto anda sudah dirakam. Namun begitu, semua foto2 ini perlu di cuci (develop) dan dicetak di atas kertas foto. sekurang2nya ia mengambil masa 1 hari.

Dan teknologi digital melenyapkan banyak kekangan yg ada dalam fotografi. Teknologi Digital tidak risau lagi pada sinar x-ray.. tidak risau pada saiz.. tidak risau pada kawalan manual seperti kamera lama. Dengan digital kamera, anda buleh merakam semudah menekan butang, tanpa mempelajari ilmu fotografi, buleh merakam objek menerusi tiub yg masuk ke dlm salur kerongkong anda, buleh merakam video dlm lubang semut.
Anda boleh merakam gambar sambil terjun dari pesawat semasa sky diving. dan anda boleh merakam gambar anda sendiri tanpa bantuan orang lain.

Ironiknya, foto yang dirakam terus boleh di upload didalam laman sosial, tidak perlu foto tersebut diproses.

Teknik selfie juga ada seninya… dan kini selfie sudah menjadi suatu trend fotografi. bukan masalah tiada identiti malah tidak ada kena mengena dengan masalah mental. Ia adalah trend!!! Sekiranya anda tidak boleh menerima Selfie, balik semula kezaman sebelum digital..


Comments are closed.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...