suhaimisalleh.com

Exposure

Exposure merupakan satu kemahiran yang penting bagi seseorang jurugambar untuk memahaminya secara teknikal. Terdapat 3 kawalan didalam kamera yang mempengaruhi exposure iaitu :

1. ISO

2. Shutter Speed

3. Aperture

.

ISO

ISO adalah standard kepekaan atau sensitiviti sesuatu sensor itu terhadap cahaya. ISO yang rendah mempunyai kepekaan cahaya yang kurang berbanding dengan ISO yang tinggi. ISO lazimnya juga mempegaruhi quality gambar yang berkait rapat dengan noise. ISO yang tinggi walaupun mempunyai kepekaan cahaya yang sensitive, ia mengundang noise dan mengurangkan quality sesuatu foto itu.

Sebab itu jurugambar senantiasa menggunakan ISO yang rendah, kecuali dalam keadaan yang tertentu sahaja mereka akan mengubah setting pada ISO.

Keperluan mengubah ISO ini bergantung kepada 2 senario. Lazimnya ISO di set tinggi apabila seseorang jurugambar itu menghadapi masalah pengcahayaan, seperti contoh tempat yang gelap dan memerlukan untuk menggunakan shutter speed yang tinggi, atau dimana pengunaan flash tidak dibenarkan. Manakala ISO di set rendah apabila seseorang jurugambar itu perlu mendapatkan quality gambar yang paling maksimum dgn mengurankan kesan noise dan keperluan untukĀ  memperlahankan shutter speed bagi mendapatkan effect slow motion.

.

Shutter Speed

Shutter Speed Control

Shutter Speed Control


Shutter Speed didalam kamera SLR berperanan mengawal kemasukan cahaya didalam sensor. Lebih laju Shutter terbuka, kita boleh menghentikan pergerakan dan merakamnya didalam foto tetapi sedikitlah kadar cahaya yang masuk.

Sekiranya kita ingin mendapatkan kesan slow shutter seperti kesan light rail, kita perlu menggunakan bukaan shutter yang amat perlahan supaya light rail tersebut dapat dirakam, tetapi kesan ini menyebabkan banyak kadar cahaya yang masuk.

Kadar hadlaju shutter terbuka diukur dalam saat iaitu : 1 s, 1/2s, 1/4s, 1/8s, 1/15s, 1/30s, 1/60s, 1/125s, 1/250s, 1/500s, 1/1000s, 1/2000s. Setiap takuk ini, ia dipanggil 1 stop.

.

Aperture

Aperture Control

Aperture Control


Aperture pula berperanan mengawal kemasukkan cahaya dengan mengecil atau membesarkan lubang iris didalam lensa. Besar lubang iris membuka dan mengecil ini dipanggil Bukaan Aperture. Bukan Aperture yg kecil memberikan kejelasan gambar yg tajam seperti kita belajar sains membuat pin hole camera. tetapi ia akan menyebabkan gambar sedikit gelap jika cahaya tidak mengcukupi. Jika dibesarkan lubang ini, imej yang terbentuk lebih cerah tetapi tidak setajam jika lubangnya kecil. Oleh itu peranan lensa digunakan untuk menjelaskan imej.

Penggunaan Aperture yang kecil akan memberi kesan Depth of Field (DOF) yang luas dan besar, manakala penggunaan Aperture yang besar akan memberikan kesan DOF sempit dan kecil. Untuk menghasilkan gambar yang potret, ramai fotografer menggunakan aperture yang besar untuk mengurang kan kesan DOF dan mengaburkan gangguan(distraction) pada background.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...