Tag: Underwater Photography by Agus Kojack at suhaimisalleh.com
Photography dari dunia Underwater
by suhaimi on Feb.26, 2010, under Photography, Scuba Diving
Susah nak digambarkan, bagaimana keindahan dan kelainan mengambil gambar didalam laut.. Mengambil gambar didalam laut, tidaklah begitu mahal atau sangat mahal… kosnya lebih kurang sama untuk seseorang peminat fotografi mengeluarkan wang untuk kamera SLR dan aksesorinya. Cuma bezanya, peminat Underwater (UW) perlu mempunyai UW casing.

gambar ini diambil oleh Agus Kojack, salah seorang instruktor SCUBA saya di Bali. Jika anda ingin melihat gambar2 Agus, sila ke laman : http://www.flikr.com/photos/aguskojack
Mengambil gambar UW mmg agak berbeza dengan mengambil gambar di darat. Terutamanya cahaya, lagi dalam suatu selaman itu lagi kurang cahaya yang sampai ke subject. Satu lagi adalah masalah warna, kita akan kehilangan warna pada kedalaman yang tertentu. Warna pertama yang akan hilang adalah Merah, kemudian jingga, dituruti kuning dan hijau… selebihnya semua gambar2 akan menjadi biru.
Beberapa teknik dan disiplin perlu ada pada seseorang UW Photographer, diantara perlu ada kemahiran mengawal buoyancy di dalam air, supaya tidak tengelam-timbul semasa menekan shutter. Pada masa yang sama seseorang jurugambar tersebut perlu ada pengetahuan ekologi.
Karang2 yang cantik di lautan itu memerlukan beratus tahun untuk terbentuk, mematah datau mematikannya mudah tidak sampai 1 saat dengan melanggar atau memegang koral. Jadi kebanyakan jurugambar UW ini akan mengawal buoyancynya untuk memastikan mereka tidak merosakkan karang dan tidak menyentuh dasar ketika mengambil gambar.